Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers
welcome to my blog nurulaienshahari.blogspot.com ♥

Thursday 7 June 2012

virgin coconut oil

APA ITU VCO??

CATALYST VCO (Virgin Coconut Oil) merupakan produk yang berasal dr syarikat Catalyst Nutraceutical (M) Sdn.Bhd. Merupakan 100% organik & 100% asli tanpa sebarang bhn pengawet or pewarna tiruan.

CATALYST juga adalah syarikat bumiputera dan produk-produknya mendapat pengiktirafan sijil HALAL.Capsule gelatin adalah diperbuat daripada lemak sayuran dan mudah untuk dihadam.

Tiada sebarang MAL atau BPFK kerana didaftarkan dan telah dikelaskan di bawah AKTA PEMAKANAN 1969. 
 
DIANTARA KEBAIKAN DAN KHASIAT VCO :
- Menghilangkan parut jerawat dan strechmark bagi wanita yang hamil.
- Tiada masalah keputihan ketika hamil.
- Kulit tidak mengalami sebarang masalah jerawat, berminyak, dan kering.
- Membantu mengurangkan berat badan dengan meningkatkan angka metabolik.
- Melembutkan kulit muka dan memberi perlindungan dari sinaran matahari.
- Meningkatkan tenaga dan daya tahan fizikal dan mental.
- Memperbaiki pencernaan dan penyerapan vitamin-vitamin.
- Melawaskan pembuangan air besar dan kecil.
- Melindungi tubuh daripada kanser.
- Jerawat cepat susut.
- Sistem penghadaman lebih baik.
- Kesuburan.
- Agen pelincir dalam hubungan suami isteri.
- Melancarkan kitaran haid dan kurangkan rasa senggugut.
- Batuk dan Selsema cepat hilang.
- Mengurangkan tidur berdengkur.
- Memperbaiki kandungan asid dalam rahim.
- Memperlambatkan proses monopaus bagi wanita.
- Membantu pesakit Hepatitis C, Cacar dan Herpes.
- Mengelakkan penuaan awal dan kedutan kulit.
- Menyegarkan dan merawat sel kulit menjadi lebih tegang dan lembut.
- Mengekalkan fungsi tiroid yang sihat.
- Mencegah dan mengatasi jangkitan bakteria, virus dan kulat (yis) dan masalah sakit kulit pada kemaluan (masalah keputihan).
- Mencegah risiko penyakit jantung dan kadar kolestrol tinggi.
- Pertumbuhan rambut lebih baik dan kelemumur akan hilang.
- Terhindar dari segala alahan.
- Tidak meningkatkan paras kelekitan platlet dalam darah yang menjadi punca serangan jantung.
 
CARA PENGAMBILAN VCO:
Boleh digunakan dengan 2 cara :
makan atau sapu dipermukaan kulit muka ( sekiranya mempunyai masalah kulit muka)
Makan 1 biji 2x sehari (pagi dan malam) atau sekaligus untuk 2 biji
seelok-eloknya diambil dengan air suam/ jus buahan
berminat boleh hubungi: 012-6426265(Nurul Ain)

Friday 9 March 2012

REHAT HUJUNG MINGGU

lokasi untuk rehat hujung minggu kali nie kat 
sekali skala berrehat jauh skit ngan suami kan,pe salahnya.. dari seremban lebih kurang 2 jam jugak la nak sampai ker destinasi.. nasib suami yang drive.. ku rileks jer.. hehehhe
ingatkan bila dah nampak signboard tu dah sampai la,rupanya jauh lagi.. kene daki bukit plak...
kami bertolak tengahari,petangbaru sampai.. sebelum tu bnyak jugak tempat persinggahan..
x saba nak check in sebab dah penat dok dalam kete..
akhirnya sampai jugak lokasi yang dituju.. cuaca nyaman jer.. memang seronok kalau hari2 dok rehat2 kat cini..
sampai jer terus check in.. hubby pun dah penat drive.. orang jarang drive jauh memang mcm tuh..
dah rehat2 terasa lapa plak.. kuar makan kat food garden..
layan jugak la makanan kat cini.. banyak makanan western lorhh... tukar selera plak la..
lepas makan santai kat area hotel jer.. 
sejuk punya pasal kami terasa lapa lagi.. balik hotel terus call f&b tok oder makanan..
siap hantar dalam bilik.. so kami makan dalam bilik je la.. memang senang sangat kan.. nak makan pun ader yang hantarkan..tersandar kekenyangan..
besoknya- pagi2 bangun bekfest lagi.. malam tadinya makanan pun x cerna lagi..
berat sangat bekfestnya pagi nie..

 ni la muka kekenyangan.. dari dalam perjalanan dtg sampai ke perjalanan balik asyik makan jer..
sempat la kami amik gambar bersama untuk kenangan..
cold je udaranya..
lobby hotel..
hubby geram sebab isteri kuat bergambar.. nak x nak terpaksa layan je kerenah isteri.. hhahahha... thankz dear..
lokasi wajib bergambar di bukit fraser..

kolam ikan hotel shahzan inn..

hubby gedix..

pintu masuk hotel shahzan inn..
rasa x puas rehat bersama.. sekejap sangat plak rasanya.. x pela,next time kita pg lame skit yer..
lepas nie kami sedang memilih lokasi untuk rehat hujung minggu.. kalau der tempat menarik boleh info kepada saya..

Wednesday 4 January 2012

TAHUN 2012

Tahun Baru bersama suami.. sebelum nie celebrate new year sebagai awek jer.. sekarang sebagai isteri.. seronok.. Tahun baru kali ni kami plan nak g bercuti.. x jauh pun Langkawi jer.. 
Pukul 01.00 a.m - 01.01.2012 baru bertolak ke Kuala Kedah.. Parking kereta kat jetty sana n naik feri ke langkawi.. cadangkan nak naik kapal terbang tapi tiket melampau plak harganya.. sampai kat jetty kuala kedah lebih kurang pukul 07.00a.m n terus beli tiket feri n bertolak ke langkawi pada pukul 07.15a.m.
Pukul 09.00a.m lebih kami selamat sampai ke Pulau Bebas Cukai..
selamat sampai..
sesampainya disana kami terus mencari kedai untuk bersarapan tapi semuanya masih belum buka..kami mencari kereta sewa untuk ke pekan kuah..nasib baik ader kereta sewa untuk kami..

pose en.suami..






Sewa kereta Honda City untuk berholiday di langkawi.. selama 3H2M. x la mahal sangat..  RM100.00/ 24 jam.. memadai la jugak kan.. harap percutian nie menyeronokkan..
Kami pusing2 pekan kuah sementara nak check in hotel.. hari pertama sampai kami check in di EAGLE BAY HOTEL LANGKAWI.. 

selepas check in kami merehatkan diri sekejap dan kuar semula untuk bersiar2..

sempat jugak kami naik sky way.. udara sangat nyama bila berada ditempat tinggi.. Tiket untuk warganegara RM15.00/orang sahaja. rugi kalau x naik..

Kami juga x lepaskan peluang untuk dtg ke kedai Idaman Suri.. hampir juling mta saya bila tengok pelbagai pilihan barangan dapur seperti set pinggan,kuali dan sebagainya.. pendek kata"pg langkawi kene bawak duit satu beg"..

penat seharian berjalan.. sok sambung lagi la.. balik hotel n rehat..
Pagi-pagi lagi dah bangun bersarapan di hotel,dan memulakan aktiviti seterusnya.. jenjalan lagi.. hehehhe.. tengahri kami check out dari hotel nie,dah check in di hotel lain..
Hari kedua kami check in di BELLA VISTA HOTEL LANGKAWI

rehat2 di hotel dulu,,sebab nak kuar panas sangat plak cuaca..
bila cuaca dah redup skit,kami amik peluang bersantai di tepi swimming pool di hotel ni..

kami tengok sunset dari hotel..

bila dah malam kami kuar g dinner.. makan banyak2..dan secara x langsung g beli buah tangan untuk mereka2..

semua orang suka coklat kecuali saya.. untung kan sebab x yah membazir2 nak beli coklat nie.. but saya tetap kene beli untuk mereka.. hahhaha.. dah alang2 sampai sini saya pun beli set pinggan mangkuk untuk rumah baru kami. beli yang biasa2 je la.. x leh beli banyak2 sebab berat nak bawak balik nnt..

beli set gold line 1 set n melamine 1 set.. untuk pakai harian jer..tu pun suami dah tanya macam ne nak bawak balik..
dah penat kaki berjalan,kami balik hotel n rehat.. besok kami dah nak balik.. so packing barang2 untuk pulang..
sarapan pagi di hotel.. fuhhh..kenyang sangat kami makan,sebab banyak sangat pilihan makanan..semua makanan nak rasa nie la akibatnya..

merasa jugak la kami makan telur dada bella vista.. hehhehe... pas sarapannie terus check out sebab nak pulangkan kereta sewa tu..

sedihnya hati bila nak mula bekerja semula.. malas sangat.. nak holiday terus..

sempat lagi bergambar sebelum balik..

kecian en.suami.. terpaksa tolak barang yang berat tuh.. x pela.. tu namanya sayangkan isteri.. kami selamat sampai ke jetty kuala kedah dan lewat malam nya kami sampai di rumah n rehat.. besok nak mulakan kerja lagi..








Saturday 31 December 2011

BERAKHIRNYA..

sayang nak tinggalkan tahun nie.. membawa beribu makna dalam hidupku.. 

Tuhan terima kasih sebab ko berikan aku kebahagiaan yang x terhingga.. ko kurniakan aku seorang suami yang terbaik,dan dua keluarga yang menyayangi..

-ada apa dengan 2011
  • 17.01.2011 - merisik
  • 15.05.2011 - bertunang
  • 11.11.2011 - akad nikah
  • 12.11.2011 - bersanding
  • 13.11.2011 - bertandang
masa berlalu terlalu pantas.. sekelip mata semuanya terjadi..

SELAMAT DATANG 2012
Semoga tahun ni akan memberi banyak erti dalam hidupku..
hari mendatang lebih baik dari semalam.. 
tuhan kurniakan aku kebahagian yang tiada tandingannya..
AMIN....

Thursday 29 December 2011

S.U.K.A.S.H.O.O.T

impian nak jadi  model tapi cite2 x sampai.. so jadi la model dalam hutan jer.. ahhahah.. mekasih abg kamera yang sudi shoot gambar saya yang x berapa nak cantik nie.. dan kepada jurumake up mekasih sebab jadikan daya cantik..
pesan plak diri cantik kan.. cantik pun sebab make up jer.. hehehhe... penat jugak nak bergambar nie kan.. macam2 aksi kene wat.. jom layan gambar2 shoot dalam hutan nie..
terjatuh sebab batu licin sangat.. sakit ooowwww...
ada bakat lom nak jadi model..
sejuk sangat kene berendah nie...
suka pemandangannya.. pandai abg kamera edit..
kalau ada yang berminat nak shoot santai boleh hubungi terus abg kamera saya nie..


Sunday 13 November 2011

ABADIKAN CINTA

 
 13.11.11 
-majlis sambut menantu dirumah en.suami... meriah sangat.. tema hitam-putih-kelabu.. kat atas tu pelamin dirumah pihak lelaki.. ader serita disebaliknya tapi biar saya dan kuarga terdekat je yang tahu.. ahhahahah...yang paling pnting semuanya nampak TERBAIK..
pagi nie family perempuan leh la melawa skit..maklum la semalam dah bertungkus lumus uruskan kenduri untuk rumah perempuan.. ari nie giliran masing2 melawa-lawa plak..sambil bawa dulang hantaran..

hantaran untuk pihak lelaki..
  1. buah-buahan
  2. baju melayu + kain songket
  3. Al-Quran + sejadah
  4. coklat
  5. kemeja + tie
  6. Dompet + belt
  7. Kasut + stokin
  8. Mintak wangi
  9. Samsung Galaxy s2
  10. Sirih junjung
  11. Cincin (tertinggal bekasnya)
hantaran 11 dulang berbalas 11 jugak... x der genap atau ganjil pun.. sama pun boleh. smua tu leh tukar kan..sebab nak 11 jugak,so wat je la 11 dulang..
x saba nak tengok pengantinnya.. heheheh.. x cantik mana pun.. biasa2 je la.. tapi hari nie pengantinnya pakai tudung plak.. berubah angin.. jangan terkejut..
pengantin tutup muka..
saje je sorok skit.. eleh.. bukan x penah tengok pengantin pun kan..sama je la..

kami berdua..
 jeng..jeng.. nie la pengantinnya.. pe komen kalian.. kalu 10star,bape star kami dapat yer.. ehheheh.. saje je gurau la..x der maksud pape pun..
x tahan nak gelak..
kelakar "mak mertuaku"  x tahu macam ne nak tepung tawar.. alahai.. tabur je la pe yang ada tuh.. bukan susah sangat pun.. tu yang terbarai gelak kat atas pelamin tuh.. x der cover dah..susah nak cari mak mertua sempoi nie.. 
sempat bergosip
along tepung tawar kami berdua.. alamak sempat plak bergosip ngan dia.. tu hanya kami je yang tahu.. en.suami pun x tahu tau..
anak buah baru yang nakal..
nie la anak buah baru yang nakal tapi tetap manja.. hehehhe.. "yaya,kene panggil makchik pasnie tau bukan kakak lagi.."
kawan-kawan en.suami yang sempoi..
gambar gila-gila dengan kengkawan en.suami.. berkumpul semula lepas cbuk tanya bila nak makan nasi minyak kami.. akhirnya lepas gak ngidam..
mak , ayah, suami,yaya dan saya..
cape yang jadi bahan..??
nie la kuarga en.suami tapi tertinggal sorang angahnya.. x tahu ne duknya sehinggakan x dpt dikesan.. hehehe.. klu tidak msti lengkap sebuah keluarga baru saya.. meriah bila semua berkumpul mcm nie.. ramai ooowwww... maklum la saya kan 3 beradik je x ramai macam nie.. so bila dah ramai2 macam nie janggal la skit.. masih baru kan.. nie la cerita majlis bertandang perkahwinan kami..